23 July 2013

INFO - SEINDAH RAMADHAN DI MEDIA PRIMA


Petaling Jaya, 23 Julai 2013 - Mengiramahkan ketibaan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, sebuah portal khas www.ramadanraya.com.my telah dilancarkan oleh Media Prima Digital bermula Isnin, minggu lalu. Menerusi portal ini, pelbagai variasi info dan kandungan istimewa Ramadan Raya di TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Tonton boleh diakses secara terus termasuk ke pautan khas saluran Ramadan Raya melalui portal video www.tonton.com.my .




Sajian Rohani Seindah Ramadan menerusi www.ramadanraya.com.my membawakan pelbagai info rancangan dan program menarik antaranya ‘Jom Berbuka’, ‘Jelajah’ dan banyak lagi. Menerusi segmen ‘Jom Berbuka’, pelbagai lokasi berbuka menarik selain resipi terbaik daripada program Ramadan TV3 & TV9 boleh diperoleh secara langsung. Pelayar turut boleh mencadangkan tempat berbuka kegemaran menerusi penggunaan hashtag #jombuka di laman sosial Twitter mahupun Instagram. Segmen ‘Jelajah’ pula meninjau kemeriahan Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 & TV9 yang diadakan di Johor Bahru dan Kuala Terengganu.

Dan merancakkan sambutan Anugerah Syawal yang bakal tiba, portal khas Ramadan Raya menampilkan 2 siri web terbaik menerusi program ‘Raya Fesyen Kritik’ dan ‘1001 Persoalan’. Pelayar berpeluang mendapatkan tip fesyen Aidilfitri daripada blogger fesyen tempatan, Jezmine Blossom menerusi ‘Raya Fesyen Kritik’ yang disiarkan secara eksklusif pada setiap Rabu dan Jumaat bermula jam 3 petang. Manakala menerusi siri web ‘1001 Persoalan’, pelayar berpeluang menambah pengetahuan melalui perkongsian ilmu agama bersama Ustaz Kazim Elias. Rancangan yang disiarkan setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 12 tengah hari turut boleh ditonton secara global.

Tambah istimewa, pelayar berpeluang menyertai Peraduan Mencari Kuali Opah dengan meneka jumlah kuali sewaktu siaran 2 jam telemovie Mana Kuali Opah di TV9 menjelang Syawal nanti menerusi portal www.ramadanraya.com.my. Melengkapkan lagi interaktiviti pengguna secara ‘mobile’, langganan mesej dan pesanan Islamik melalui khidmat pesanan ringkas turut diperkenalkan di portal ini sebagai pengisian rohani di bulan Ramadan.

Portal video Tonton turut meraikan sambutan Syawal dengan tawaran filem menarik antaranya Buli, Buli Balik, Perempuan Melayu Terakhir, Selubung, Sayang Salmah selain konsert Sudirman – One Thousand Million Smiles, Gegar Bersama Search, Konsert Awie, Konsert Tan Sri SM Salim dan banyak lagi. Rancangan ‘evergreen’ kegemaran ramai yang pernah disiarkan menerusi TV3 & TV9 turut ditawarkan buat penonton antaranya Rendang Untuk Mertua, Airmata Syawal, Terlerai Takbir Kasih dan banyak lagi secara percuma.

Eksklusif untuk pengguna Tonton, telefilem Geng Kampung Pisang bakal ditayangkan 24 jam lebih awal menerusi portal video Tonton sebelum tayangan di TV9. Merancakkan lagi pengalaman tontonan secara digital, telefilem Karlos Raya menawarkan interaktiviti pengguna di gajet pintar. Hanya dengan satu klik, pengguna boleh mengakses ke video eksklusif & sebalik tabir semasa tayangan telefilem ini di TV3 sambil berbual bersama peminat lain yang turut menonton Karlos Raya tidak kira di mana sahaja mereka berada. Tidak ketinggalan, tayangan filem Bunohan, sebuah filem yang telah meraih pelbagai anugerah hebat bakal disiarkan secara eksklusif melalui portal Tonton mulai 1 Ogos 2013. Layari www.ramadanraya.com.my sekarang untuk pelbagai info menarik sepanjang bulan ini!

Untuk menonton pelbagai program hebat, layari www.tonton.com.my di komputer, tablet dan telefon pintar hari ini!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...