23 July 2013

KES SAMAN 'TERJAH' MELODI - TV3 MENANG


Akhirnya, kes Jurey Latiff Saman Fitnah  TV3 sejak tahun 2010 berakhir dengan baik baru-baru ini. TV3 selalu penerbit rancangan Melodi berjaya mengetepikan saman RM10 juta itu apabila mahkamah memerintahkan Jurey Latiff membayar kos RM25,000 kepada syarikat itu.

Untuk info, awalnya Saman fitnah itu telah difailkan oleh penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Rosli terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), kerana mengaitkannya dengan seorang gadis dalam rancangan hiburan Melodi.




Jurey adalah Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mendakwa fitnah tersebut disiarkan dalam Melodi pada pukul 12.30 tengah hari, 21 September 2008 yang dikendalikan oleh wartawan Melodi dalam slot Terjah, Nas Ahmad.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusan secara lisan mendapati segmen Melodi itu tidak memfitnah Jurey Latiff memandangkan dia telah diberi peluang untuk membela dirinya atas dakwaan tersebut namun memilih untuk menyampaikan cerita versinya sendiri.

“Jika dilihat daripada perkataan tersebut, seolah-olah memfitnah Jurey Latiff. Namun apabila dilihat daripada keseluruhan fakta dan kes itu perkataan tersebut tidak terjumlah kepada memfitnah. Ini kerana Jurey Latiff mengetahui dakwaan terhadapnya dan menyedari mengapa soalan itu diajukan kepadanya.

"Beliau tahu tentang isu yang diutarakan kepadanya. Beliau tahu apa yang diperkatakannya. Plantif boleh menolak daripada diwawancara namun beliau mengizinkan untuk diwawancara," kata Hakim Nik Hasmat dipetik sebagai berkata.

Malahan menurut hakim itu, berdasarkan keterangan Nas Ahmad, saksi tersebut menyatakan telah menghubungi Jurey Latiff sebelum segmen Terjah disiarkan.

Sehubungan itu, Nik Hasmat berpendapat, saksi itu dan TV3 telah menjalankan tugasnya sebagai wartawan dengan sikap penuh bertanggungjawab.

Beliau berkata, temubual yang dibuat oleh Nas Ahmad semata-mata untuk mendapatkan maklum balas Jurey Latiff dalam hal tersebut dan sekaligus menolak samannya.

"Syukur alhamdulillah kes yang dah 5 tahun ini akhirnya dah selesai. Ia membuktikan kita hidup di negara yg ada undang-undang. Walau ‘Terjah’ yang saya cipta lebih tujuh tahun lepas dan masih aktif hingga kini tu sifatnya sensasi dan kontroversi, tapi saya tetap patuh pada etika kewartawanan dan penyiaran dalam menyiarkannya.

"Jangan buat berita fitnah atau berita berat sebelah. Saya sedar ada segelintir kecil pihak yang beranggapan Terjah itu kononnya ‘mengaibkan’ atau seumpamanya sehingga ada yang mencemuh saya, semua beban tu saya rela pikul di bahu asalkan saya tahu apa nawaitu sebenar saya. Moga persada seni dan bidang kewartawanan hiburan negara kita terus sukses seiring kemajuan negara," demikian respon Nas Ahmad ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah itu.

No comments: