24 July 2013

SEKITAR MAJLIS BERBUKA UNIVERSAL MUSIC

Sekitar majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia di Restoran Warisan, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu. Untuk info, restoran tersebut dimiliki oleh Pak Engku, chef yang sememangnya cukup popular di kalangan artis dan VIP.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Dato’ Siti Nurhaliza yang dikhabarkan bakal melancarkan Produk Terbaru Argan dalam minggu ini. Malah menerusi soalan media, Siti dan suami difahamkan tidak dapat mengerjakan umrah disebabkan kesihatan suami, tambah-tambah apabila masjid Mekah sedang dalam pengubahsuaian.




Selain itu, turut hadir ialah Betty Banafe dengan al-kisahnya kini yang terpaksa berulang-alik ke hospital demi menjaga ibunya yang sedang sakit. Tambahnya, dia dan ibunya juga sering bertukar keluar masuk hospital apabila dia sendiri ketika itu turut sakit.

Dalam majlis itu, sebuah album baru turut diperkenalkan iaitu album daripada Kumpulan Saujana berjudul 'Aku Cinta Allah'. Album tersebut memuatkan lagu-lagu nasyid, doa-doa harian dan lafaz zikir yang diterbitkan oleh Anasaujana Sdn Bhd iaitu syarikat milik Kumpulan Saujana sendiri.

Selepas mempromosikan album, majlis turut diserikan dengan persembahan artis Universal yang terdiri daripada Siti, Kumpulan Saujana, Betty Benafe dan ramai lagi.

















TONTON VIDEO DALAM YOUTUBE:







No comments: