31 October 2013

AYAH & IBU SENANGI JOHAN AS'ARI - SHILA AMZAH


"Saya sedia terima Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya kami ada jodoh," demikian pengakuan jujur Shila Amzah.

Tambah penyanyi itu, hubungannya dengan Johan buat masa ini hanya sebagai sahabat paling rapat tetapi enggan mengesahkan sekiranya mereka serius. Katanya dia lebih selesa ibarat 'teman tapi mesra' tanpa perlu dilihat seperti pasangan bercinta.




"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Johan muncul dalam hidup saya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadirannya seperti memberikan aura positif pada saya serta keluarga.



"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.

"Alhamdulillah, kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.



Shila berkata demikian ketika ditemui media semalam pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia, di Hotel Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya. Untuk info, Shila kini menetap di China dan banyak menghabiskan masa di negara tembok besar itu untuk membuat persembahan.

ARTIKEL MENARIK:
TONTON NOSTALGIA SHILA


No comments: