30 October 2013

KONSERT LANTERA TIMUR - SITI SAH KUTIP RM1 JUTA


Datuk Siti Nurhaliza sah berjaya mengutip RM1 juta melalui persembahan konsert solo tradisional iaitu Lantera Timur di Istana Budaya pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013 lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang menyatakan persembahan solo Siti itu merupakan yang paling berjaya setakat ini. ia mengatasi beberapa acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu daripada segi kutipan tiket.

Klik untuk imej besar...



"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.

"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun, Kumpulan Wings yang mengadakan 'Konsert Wings Opera Hidup' pada tahun 2011 masih lagi mengungguli persembahan 'artis berkumpulan' dengan jumlah kutipan sama.

Datuk Mohamed berkata demikian ketika ditemui media di Petaling Jaya ketika ditanya mengenai sejarah kutipan terbaik semenjak penubuhan Istana Budaya.



No comments: