11 October 2013

YA, SAYA & WAWA SUDAH BERNIKAH - ARIEL


“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” kata Aeril Zafrel memecahkan teka-teki mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan Wawa Zainal.

Menurutnya dalam satu sidang akhbar di sebuah restoran di di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya, dia dan Wawa, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia. Mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.




Pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga Wawa sebelum ia didaftarkan secara rasmi.



Oleh yang demikian, apa yang digosipkan oleh akhbar pada Ahad lalu yang melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal adalah benar.

Menurut laporan itu juga, hasil perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang anak yang lahir pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.



Dengan pengakuan tersebut, maka semua persoalan kini terjawab sudah. Hanya yang tinggal ialah mengapa mereka terlalu bersorok dengan media mengenai perkahwinan tersebut.

Jawapannya bakal menyusul nanti.



No comments: