20 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 9


Lagi gambar baby lelaki Yasmin Hani Richardson yang lahir pada 12 November lalu. Meskipun sudah ada nama untuk babynya, namun ia tidak dapat didedahkan oleh Yasmin kerana sudah mengikat kontrak dengan Astro. Heh.

“Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti,” katanya baru-baru ini.




___________________________________

Aksi menarik pasangan suami isteri Mizz Nina dan Noh Hujan yang mendapat hidayah Allah.

"Walaupun dah diketahui situasi dalam venue akan jadi huru hara dan kurang selesa, beliau masih tekad untuk datang untuk support. Terima kasih isteri ku! I love u !" ujar Noh pada isterinya.



_______________________________________

"Finally.. sampai hajat nak bawa lovely wife dan family minum teh tarik madu dan sup kepala ikan di warung pak mat klate," ujar Fizo Omar mengenai gambar keluarga besarnya yang berkumpul.

Lebih menarik, diselitkan juga gambar isterinya datang membantu di gerai burger.





__________________________________________

Akhir sekali ialah gambar perlantikan Afee Utopia, Bobby Gonzales (Pemain Bolasepak Kebangsaan) dan Zamri Morshidi (Pemain Bolasepak Sarawak) sebagai duta produk MP-R Fuel Saver yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Cititel Express Hotel, Kuala Lumpur.

Nampaknya, walaupun bergelar otai... namun Afee tetap laris mengalahkan ramai artis baru. Cayalah!





No comments: