24 December 2013

ISTERI KINI BERTUDUNG - IMPIAN AARON AZIZ TERTUNAI



Update - kemaskini:

Meskipun mengambil masa hampir dua tahun, iaitu sejak pulang dari menunaikan umrah pada 2011, namun impian Aaron Aziz, 37, tetap tertunai. Ini kerana, isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya kembali ke landasan asal iaitu memakai tudung.

Artikel terdahulu:
Semuanya disebabkan rahmat dan hidayah Allah apabila Aaron sering bercerita tentang hari kiamat pada Diyana. Malah sikap tanpa jemu Aaron yang kerap kali menghantar video-video tentang hari kiamat turut menguatkan lagi tekad isterinya untuk berhijrah.

Makin manis - Klik gambar untuk imej besar














"Salam! Nak gi beli tudung Ngan members jap,"
kata Diyana Halik melalui Instagramnya 24 Disember lalu. Untuk info,
pemakaian selendang baru-baru ini hanya sementara
kerana khabarnya ketika itu Diyana belum mempunyai tudung.







"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," ujar Aaron dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Berselendang ketika baru pulang dari Hong Kong


"Saya mengetahui niat isteri saya untuk berhijab sudah lama, namun belum benar-benar bersedia untuk keputusan tersebut. Saya juga mahu anak-anak mengikuti perubahan tersebut demi kebaikan keluarga dan kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat.

"Dahulu kalau saya tegur, mereka akan mempersoalkannya. Kali ini... biar anak-anak ikut seperti ibu mereka," tambahnya bersungguh.



Terdahulu, Diyana memberitahu bahawa tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya.



Sejadah dan telekung yang baru di beli Diyana...



Diyana & Aaron ketika menunaikan umrah pada 2011





No comments: