13 January 2014

20 HARI PUTUS CINTA - LANA NORDIN BERCINTA DENGAN DOKTOR?



"MM&I - impressed n gladly someone made my day, thank u," demikian kata Lana Nordin melalui Instagram mengenai jambangan bunga yang diterimanya. Ini kerana, gosip bertiup kencang mengatakan Lana kini bertemu cinta baru... seorang doktor.

Artikel terdahulu:
Apa yang menarik, khabar angin mengatakan kekasih barunya itu merupakan seorang rakan lama berdarah kacukan Pakistan Inggeris, dan boleh tahan kacaknya... siap hantar 50 tangkai bunga mawar. Wahhh... romantiknya.

Klik gambar untuk imej besar




Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, seperti yang semua orang tahu, sebelum ini telah putus cinta secara mendadak dengan Johan Asari. Perkenalan mereka yang ibarat 'mee segera' menggemparkan industri hiburan... sebelum tiba-tiba putus di tengah jalan, juga seperti mee segera.

Dan sebagaimana yang kita sedia maklum, Lana sebelum ini mempunyai ramai 'peminat rahsia' atau 'secret admirer'. Dia sememangnya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kekasih baru. Bak kata orang, sekali petik jari... sepuluh akan datang mengadap! Heh.

Jambangan bunga yang dikatakan pemberian doktor


Bagaimanapun, dalam reaksi awalnya, Lana enggan mengulas lanjut mengenai hadiah bunga tersebut. "Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," jelasnya dipetik sebagai berkata menerusi WhatsApp kepada media semalam.

Okey... whatever!!

Beg Channel terbaru Lana. Ahak!


Manis bertudung... harap-harap kekal begitu



No comments: