19 January 2014

BILA HAFIZ HAMIDUN 'SENTAP' DITEGUR JAAFAR ONN



Memang sesuatu yang melucukan apabila segelintir pelawat laman sembang mendakwa kononnya Hafiz Hamidun 'mudah sentap' apabila ada sesuatu kritikan yang melibatkannya. Contoh paling baru ialah apabila penyanyi lagu 'Jodoh Berdua' itu ditegur oleh Jaafar Onn kerana berzikir tidak kena tempat di dalam klip video terbarunya.

Artikel terdahulu:
"Duduk tepi pantai tu Tsunami ke dik... berzikir bukan macam tu, duduk tepi pantai bukan caranya. Pakailah kupiah. Ni macam orang mabuk cinta je. Lepas zikir apa pulak dik, buat lebih baik dari zikir ia pasti meletop," tegur Jaafar melalui mesej peribadi.

Klik gambar untuk size 800x623




Dalam timbal balas mesejnya di akaun Instagram, Hafiz kemudian berkata: "Berzikir di masjid boleh, dalam keta boleh, tepi pantai boleh, pakai kepiah boleh, pakai cap boleh, pakai helmet boleh."

Selanjutnya kata Hafiz "Saya anggap ia cuma teguran dalam jenaka dan gurauan dari beliau sebagai orang lama dalam industri hiburan. Saya juga tak terasa hati. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan. Semoga Jumaat ini hari yang baik untuk bermaaf-maafan."

Klik untuk baca


Bagaimanapun, jawapan dan respon Hafiz terhadap mesej Jaafar itu dianggap oleh pihak lain sebagai 'mudah sentap' atau mudah terasa hati apabila menerima teguran atau kritikan. Tambah-tambah apabila Hafiz menyiarkan snapshot mesej peribadi Jaafar itu di laman sosialnya.

Namun, snapshot mesej tersebut kini telahpun dipadamkan oleh penyanyi itu... mungkin akibat dia menerima kritikan hebat di laman sembang agaknya. Allahualam!

Klik untuk baca


Klik untuk baca



No comments: