08 January 2014

MASIH BERCUTI DI EROPAH - AERIL SERONOK JADI BAPA



Setelah mempunyai anak, barulah dia tahu erti pengorbanan seorang ayah. Seorang ayah, sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi dan memberi kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Artikel terdahulu:
Demikian jugalah halnya dengan pelakon Aeril Zafrel sejak bergelar ayah. Katanya, agak sukar untuk dia gambarkan nikmat dan hikmah tersembunyi terhadap status 'ayah' yang digalasnya itu.

Masih di Eropah - Klik gambar untuk imej besar




"Apabila menjadi seorang ayah, saya semakin menghargai dan memahami pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang mereka yang sudah bergelar 'ayah'.

"Detik indah yang saya rasai iaitu saat menidurkannya. Kemudian apabila anak sudah pandai tersenyum dan tergelak kecil melihat saya ketika sedar daripada tidur adalah sesuatu yang amat bermakna," ujar Aeril dipetik sebagai berkata.

Wawa & Aeril bergambar ala Winter Sonata...


Untuk info, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, bersama Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, dan anak mereka (berusia 4 tahun) sekarang masih bercuti di sekitar Eropah sejak Disember lalu. Difahamkan, mereka sempat menyambut tahun baru di London sebelum ke Scotland atas urusan kerja.

"Selain kerja, kami mahu mengenali budaya dan kehidupan masyarakat negara luar," ujar Aeril.

Terdahulu, Aeril memberitahu isterinya akan kembali aktif dalam lakonan selepas hampir setahun berehat. Wawa katanya sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon namun semua projek tersebut adalah di bawah pengurusan artis milik Aeril sendiri.

Mereka mengembara ke Eropah sejak Disember lalu...


"Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami, Ahmad Fakharuddin Attar. Insya-Allah untuk tahun 2014 ini, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya.

"Selain itu saya juga sedang sibuk di set penggambaran filem selain ada dua penggambaran drama bersiri yang akan dijalankan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi media dari Scotland semalam.


INFO - 10 ARTIS LELAKI PALING KACAK PILIHAN AKHBAR: 


  •  1 Nik Michael Imran
  • 2 Anuar Zain
  • 3 Josiah Hogan
  • 4 Shah Iskandar
  • 5 Aaron Aziz
  • 6 Aiman Hakim
  • 7 Awal Ashaari
  • 8 Remy Ishak
  • 9 Aeril Zafrel
  • 10 Izzue Islam



  • No comments: