07 January 2014

BAKAL BERHIJAB - SUAMI LARANG ELLA BERPAKAIAN SEKSI



Saya sudah bersedia untuk berhijab!

Artikel terdahulu:
Demikian pengakuan Ratu Rock Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, yang sering dinasihati oleh suaminya berbuat begitu. Suami Ella, Azhar Ghazali (seorang juruterbang) telah banyak membimbing Ella ke arah kebaikan sekaligus berjaya melembutkan hati isterinya.

Klik gambar untuk imej besar...




"Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Ella berkata, sejak berkahwin rutinnya sudah banyak berbeza di mana dia tidak mempunyai banyak masa terluang. Malah dia mengakui sering diajukan soalan bila mahu menimang cahaya mata memandangkan rumahtangganya sudah mencecah hampir setahun setengah.



“Tidak dinafikan sejak kahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini dan anggap ia sebagai satu doa. InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

"Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan-rakan artis seperti Umie Aida dan Misha Omar macam seronok saja ada anak angkat. Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” jelas Ella secara jujur.


No comments: