05 January 2014

PUTUS DENGAN ZZATI - WAN ZACK HAIKAL SELAMAT BERTUNANG



Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi Zzati Rashid, 22, telahpun putus cinta dengan pemain bola sepak Malaysia, Wan Zack Haikal sejak Oktober 2013. Pelbagai kontroversi kemudian timbul mendakwa Zzati pecah amanah, pisau cukur, menggunakan bomoh dan sebagainya. Ia bagaimanapun, telah dinafikan oleh Zzati sendiri dalam akhbar hari ini.

Namun perkara yang paling mengejutkan ialah apabila Wan Zack Haikal kini telah selamat bertunang dengan seorang wanita bernama Syahifah Azmi yang berasal dari Kemaman, Terengganu.. Malah di laman sosial Syahifah sendiri, beliau ada menulis di bahagian atas perkataan "Tunangan orang milik WZHSA. Alhamdulillah." (WZHSA mungkin bermaksud Wan Zack Haikal & Syahifah Azmi).

Tunang pada Tahun Baru - Klik gambar untuk imej besar...



Sementara di laman sosial Wan Zack sendiri, tertulis "Airmata nak mengalir bila berbicara tentang itu.. Subhanallah. apa2 pun aku bersyukur dengan keadaan ini. Bismillaa Hirrahma Nirrahim. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In Sha Allah... Hari yg bermakna dan semoga Tuhan melindungi kami Amin."

Tambahnya "Terima Kasih Ya Tuhan ku.. Ya Allah kekalkan hubungan kami.. Berikan kami kekuatan apabila diduga. Semoga segalanya diberkati dan mendapat rahmat dariMu Ya Allah."

Tahniah diucapkan buat Wan Zack dan Syahifah Azmi. Moga pertunangan tersebut akan membawa ke jinjang pelamin hendaknya. Amin. - myartis.com









Tunang Wan Zack - Syahifah Azmi


Majlis pertunangan yang diadakan..




Klik untuk baca..





Zzati & Wan Zack - kini tinggal kenangan...




No comments: