04 February 2014

HAMIL USIA LANJUT - DIDIE ALIAS KONGSI TIP DENGAN CHE TA



Nasihat dan tip hamil dari hati ke hati!

Itulah yang dilakukan oleh Didie Alias terhadap Rozita Che Wan disebabkan usia mereka kini sudah melepasi 40 tahun. Bukan mahu memandai-mandai, tetapi Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta yang meminta pendapat Didie mengenai kehamilan diusia emas.

Artikel terdahulu:
"Che Ta adalah antara rakan artis yang teruja dengan berita kehamilan saya kerana dia juga ingin hamil selepas berkahwin dengan Zain Saidin.

Klik gambar untuk size besar




"Jadi pelbagai perkara yang dia bertanya kepada saya memandangkan usia kami yang hampir sama," kata Didie yang kini berusia 41 tahun, sama dengan usia Che Ta yang lahir pada 9 Mac 1973.

Antara tip dikongsinya dengan Che Ta ialah berkisar tentang kesihatan dan kebaikan mengamalkan makanan tambahan dalam membantu mereka hamil.

Tip hamil untuk Che Ta


Tambah pelawak, pelakon dan pengacara itu, dia turut menjelaskan kepada Rozita mengenai kepentingan untuk mengetahui risiko yang dihadapi wanita mengandung pada usia lewat.

Sebagai maklumat, antara risikonya ialah mendapat anak 'Sindrom Down' di mana ia bernisbah 1/60.

"Saya sendiri sedang mengharungi kehamilan pada usia sebegini dan sedikit sebanyak dapat saya kongsi dengannya walaupun tidak banyak," ujarnya sebagai berkata.



Untuk makluman, Didie sekarang sedang hamil empat bulan hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Norisham Ismail yang dikahwininya pada tahun 2009. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima anak.

Terdahulu, menurut Didie, suaminya adalah insan paling prihatin dan sentiasa menjaganya. Selain itu, anak saudara dan sahabat baiknya juga turut ringan tulang membantu menguruskan hal-hal pengurusan lain.

"Duduk tidak buat apa-apa pun bosan juga jadi saya sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai perkara dan merancang untuk membuka rangkaian pakaian wanita mengandung," katanya.


         ________________________



No comments: