Meskipun bagai ditolak hasrat murninya oleh Erra Fazira, namun nampaknya Engku Emran seolah tidak berputus asa. Hashtag #prayformomandayah tetap diteruskan demi kegembiraan anak tersayang dan kenangan lampau yang mencuit perasaan.
Terkini, Emran dilihat telah memuat naik foto kenangannya bersama Erra di laman sosial miliknya. Menurut Emran, gambar-gambar itu ditemui selepas dia membuka kotak yang mengandungi gambar-gambar lamanya bersama bekas isterinya itu dan ramai lagi.
Kenangan terindah - klik gambar untuk size besar
Mungkinkah dengan mengimbas kenangan tersebut, Erra bakal sejuk hatinya?
Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Bak kata Erra, jangan didesak... tetapi kita seharusnya beri dia masa untuk memulihkan lukanya! Tak gitu?
#prayformomandayah
Keratan akhbar yang disimpan oleh Emran
Kasih seorang ibu
Comel - Emran ketika masih kecil - 1979
________________________
No comments:
Post a Comment