24 April 2014

SELAMAT TINGGAL DUNIA SEKSI - JULIZA ADLIZAN KINI BERHIJAB



Tiada lagi aksi seksi! Begitulah niat terkini Juliza Adzlizan, 47, yang tampil berhijab kelmarin.

Menurut penyanyi itu, penghijraan tersebut dilakukan selepas merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang bertanggung jawab. Malah dia juga sebenarnya sudah merancang untuk berhijab sejak beberapa bulan lalu.





"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.

"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.

Klik gambar untuk size besar


"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.

"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.

"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," kata Juliza yang mula menyedekahkan baju-baju seksinya kepada orang lain (mungkin pada bukan muslim).













         ________________________


No comments: