24 April 2014

KES MOHON CERAI - ADAM MASIH SAYANGKAN FIZA?



"No komen. Kita tengok saja nanti,” ujar Adam AF2 ketika ditanya media mengenai kes permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya Fiza Elite.

Artikel terdahulu:

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, juga enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut yang bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, empat hari lagi.





"Saya tak boleh komen lebih. Hal rumahtangga ini rahsia. Doakan yang terbaik untuk saya dan isteri," tambah Adam seolah hatinya masih sayang dan belum rela mengharungi penceraian dengan Fiza.

Untuk info, spekulasi mendakwa bahawa Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memfailkan permohonan cerai tersebut di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.



Fiza dan Adam bernikah pada 26 September tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam. Selangor selepas dua bulan perkenalan.

Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin dan telah bercerai tiga tahun lalu selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, Ferra Aryanna, 6, dan Feeya Adyrra, 5. Manakala Adam pula baru pertama kali mendirikan rumah tangga.


         ________________________


No comments: