Sedih dan kecewa!
Demikianlah perasaan Jue Aziz yang baru-baru ini mengakui telah menikahi gitaris dari Indonesia bernama Bayu Daniels. Semuanya gara-gara tohmahan yang dilemparkan kepada anaknya sebagai 'anak luar nikah'.
Dakwa tukang karut itu lagi, Jue dan Bayu kononnya berkahwin secara rahsia di seberang kerana mahu menutup ‘kewujudan’ anak luar nikah tersebut. Waahh... jahatnya mulut!
"Saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, tak pelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka.
"Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa," ujar Jue yang sebak sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anak angkatnya bernama Darwish yang sudah kematian ibu kandung itu.
Tambahnya, dia tidak pernah terburu-buru membuat keputusan berkahwin kerana menganggap bahawa Bayu merupakan jodohnya.
"Kalau saya senyap takkan saya perkenalkan dia sebagai suami saya. Cuma saya tunggu masa yang sesuai. Kami pun tak rancang untuk berkahwin sebenarnya di sana, tapi keluarga suami suruh cepatkan. Jangka masa dia cuti pendek dan saya pun ada penggambaran. Jadi balik sini baru kami kongsikan," jelasnya yang dipetik sebagai berkata melalui Melodi.
________________________
No comments:
Post a Comment