03 July 2014

AMY SEARCH HILANG AKAL GARA-GARA NABILA HUDA?



Gara-gara terlalu lama memendam rasa, Amy Search mengakui hampir hilang akal dan jantungnya seolah terhenti bila mengetahui isu diajak peluk kristian yang melibatkan anaknya Nabila Huda baru-baru ini.

Artikel terdahulu:

Iyalah, rock-rock juga... namun naluri seorang bapa masih menebal dalam dirinya untuk melihat anak kesayangan berjaya di dunia dan akhirat. Akibatnya, terkeluarlah kata-kata kesat yang dipost oleh Amy di laman Instagram anaknya, Nabila.





"Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal," demikian komen Amy mengenai bahasa kesatnya itu.

"Saya agak 'fed up' juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.

Komen yang di post Amy di Instagram Nabila


"Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.

"Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.



"Bagaimanapun, saya tidak mempunyai sebarang masalah jika Nabila mahu bertemu dan duduk berbincang mengenai isu ini kelak," jelasnya lagi.

Terdahulu, isteri Amy, iaitu Nourish, telah diajukan soalan oleh media adakah benar dakwaan segelintir pihak bahawa komen tersebut sebenarnya ditulis olehnya di status Nabila, bukannya Amy?

"Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat.

"Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.

"Saya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat," ujar Nourish dipetik sebagai berkata.

"Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.

"Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa," tambah Nourish yang kelihatan sebak ketika berbicara.






ARISSA HANA COLLECTION





         ________________________


No comments: