23 July 2014

VIDEO AQIQAH ANAK TOMOK BAKAL DIGUNAKAN OPRAH WINFREY



Rezeki anak!

Disebabkan rajin memuat naik video dan gambar anak di Youtube dan Instagram, penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail menerima tawaran menarik daripada pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network.


Artikel terdahulu:

Ini kerana, Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok mendapat perhatian ramai... tambah-tambah dengan kecomelan anaknya Arrian. Difahamkan, Oprah tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

Adiwira negara - klik untuk gambar besar




"Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.

"Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sicomel dapat duit raya


Bagaimanapun, mengenai soal bayaran yang bakal diterima, kata Tomok ia masih terlalu awal berfikir ke arah itu.

Terdahulu, Tomok menjelaskan yang dia amat gembira dan teruja apabila isterinya disahkan hamil anak kedua baru-baru ini.

"Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga.

"Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan," katanya.


         ________________________


No comments: