25 August 2014

DIKHIANAT BUAT KALI KEDUA - LEPAS DISANTAU, LYDIAWATI KINI SAKIT SARAF



Bukan kali pertama, tetapi pelakon Lydiawati mendakwa telah diserang penyakit misteri buat kali kedua (disantau kali pertama pada 1997) apabila sarafnya kini mengalami kesakitan. Dakwanya, dia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh beberapa orang ustaz yang ditemuinya.

"Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.





"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah... Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah.

"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," kata Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48.



Untuk info, Lydiawati mengakui diserang penyakit saraf dan reumatik sejak Mei lalu. Kesan daripada penyakit itu, dia merasa kebas dan bisa pada bahagian kaki kiri dan tangan sekaligus membataskan pergerakan.

Awalnya, dia memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital kerana kos rawatan yang mahal, namun berubah fikiran selepas ada peminat yang mahu membantu kos rawatan.

"Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini.

"InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

"Sekarang ini, saya ikhtiar saja apa-apa rawatan. Moga ia dapat mengurangkan kesakitan saya ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.


         ________________________




No comments: