25 August 2014

FOTO PRA PERKAHWINAN DI JEPUN SANGAT PERIBADI - ZIZAN RAZAK



Ia satu perkara yang sangat peribadi!

Demikian ulas Zizan Razak apabila diajukan soalan mengenai dia dan kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

klik gambar untuk size besar




Untuk makluman, gosip bertiup kencang mendakwa Zizan telah berangkat ke Jepun baru-baru ini bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air... kunjungan mereka berdua ke sana telah 'memberi peluang' untuk mereka merakamkan foto pra perkahwinan tersebut. Malah menurut sumber... Zizan dan Emma bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2015. 



"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," jelas Zizan yang menafikan dia akan berkahwin pada tarikh tersebut.




         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...