30 October 2014

JACLYN VICTOR MAHU TIMANG ANAK SEBELUM USIA 40 TAHUN



Anak merupakan penyeri rumah tangga. Malah kehadiran seorang anak juga mampu merapatkan hubungan suami isteri sekaligus menjadikan perkahwinan itu kekal bahagia.

Dalam hal ini, Jaclyn Victor turut tidak ketinggalan mempunyai impian untuk memiliki anak bersama suaminya. Bagaimanapun, dalam usia yang bakal menginjak ke 40 tahun dalam masa empat tahun lagi, penyanyi itu enggan terlalu tertekan sebaliknya menyerahkan segalanya kepada rezeki.

"Tipulah jika saya cakap tak nak anak, tapi saya enggan terlalu berharap kerana semuanya adalah kuasa Tuhan. Saya redha saja jika ada rezeki maka adalah. Malah suami saya juga baru pulang ke Los Angeles dan kami sedang menyesuaikan diri dengan hubungan jarak jauh yang mana beza masa kami adalah 15 jam.

Klik gambar untuk size besar




"Namun bagi saya itu bukanlah masalah kerana kami saling memahami kesibukan kerjaya satu sama lain. Malah saya juga jenis yang tidur lewat manakala suami saya pula merupakan seorang yang suka bangun awal pagi," ujar Jac dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Hotel Tune Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengenai kehidupannya kini selepas bergelar isteri kepada Shawn Rivera, kata Jac ia tidak memberikan impak yang drastik, sebaliknya menjadikan dia seorang yang lebih matang.



"Saya tidak merasakan perubahan drastik pada diri saya selepas berkahwin. Tapi saya menjadi semakin matang kerana bakal mencapai usia 40 tahun dalam masa empat tahun lagi. Saya menjadi lebih menepati masa serta lebih bertanggungjawab setelah berkahwin yang mana menjadikan saya seorang yang lebih baik," tambahnya.

Untuk info, Jac bakal melancarkan album Bahasa Inggerisnya pada bulan hadapan yang memuatkan lima buah lagu serta sebuah lagu bonus. Album berjudul 'Unleashed' itu mempunyai keunikan tersendiri kerana Jac sendiri menulis lirik lagunya.





         ________________________




No comments: