30 October 2014

SABUNG NYAWA DI HOSPITAL - WAFA ABDUL KADIR KINI PULIH



Bak kata orang, semasa kita susah atau sakit... ketika itulah kita akan tahu siapa sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang kita. Kerana teman ketawa mudah dicari, tetapi teman menangis seorang diri!

Begitu jugalah halnya dengan Penerbit Wafa Abdul Kadir yang baru-baru ini menyabung nyawa di bilik pembedahan Hospital Tropicana Center akibat kecederaan di leher sejak dua tahun lalu. Doa dan keprihatinan rakan-rakan seangkatan amat dihargainya terutama daripada sahabat baik yang sering menemaninya Betty Banafe.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah kak long wafaabdulkadir semakin pulih. Million Thanks to all sahabat and friends yang datang melawat maupun yang mendoakan kesejahteraan beliau," demikian kata Betty melalui IGnya mengenai keadaan Wafa selepas pembedahan besar beberapa jam lalu bagi membetulkan tulang leher.

Bagi yang tidak tahu, semalam, Betty telah memuat naik gambarnya bersama Wafa di mana rakannya itu menyabung nyawa di dalam bilik pembedahan. Menurut Betty, Wafa sejak dua tahun lalu menderita kesan kemalangan yang mengakibatkan tulang lehernya retak hingga menyebabkan dia pernah lumpuh dan menggunakan kerusi roda.







         ________________________




No comments: