04 November 2014

GANTI RUGI JOHAN RAJA LAWAK - MAHKAMAH TOLAK GANTUNG BAYARAN



Permohonan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar dan Juara Filem Production Sdn Bhd untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Johan Raja Lawak dan isterinya bagi kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu ditolak oleh mahkamah dengan kos RM5,000 serta memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya membayar ganti rugi dalam tempoh 31 hari bermula semalam.





Untuk makluman, pada 7 Julai 2014, Mohd Javed dan syarikat penerbitannya diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 serta kos perubatan RM100 kepada Johan selain faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri Johan iaitu Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.



Mohd Javed dan Juara Filem Production Sdn Bhd juga diperintah membayar kos guaman RM50,000 kepada Johan dan Rozlinawaty.

Johan dan isteri pada 18 Julai 2010, memfailkan saman RM1 juta terhadap Mohd Javed yang mengasari serta membaling gelas kaca sehingga menyebabkan dahi kiri pelawak itu cedera ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010.



         ________________________




No comments: