26 November 2014

JANGKITAN PARU-PARU - MUSTAPHA MAAROF DIMASUKKAN KE HOSPITAL



"Dah seminggu saya berasa sakit di bahagian dada, ingatkan sakit jantung tetapi selepas pemeriksaan saya tidak sangka ia berkaitan paru paru.

"Apabila sampai di pejabat saya pagi tadi, saya berasa sakit sangat dan susah untuk bernafas, jadi terlalu mengah.

"Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dalam industri dan media," demikian kata seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, petang semalam, akibat sakit paru-paru.

Klik gambar untuk size besar




Mustapha diberi rawatan kecemasan dengan bantuan oksigen selepas menghadapi kesukaran bernafas yang agak kritikal sejurus tiba di pusat rawatan berkenaan ketika dibawa anaknya, Norazlynna, kira- kira jam 3 petang.

Meskipun keadaannya selepas itu stabil, namun beliau masih dalam keadaan lemah dan mengalami sedikit demam panas.



Terdahulu, menurut doktor, Mustapha akan menjalani pemeriksaan lanjut petang ini untuk rawatan bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam bahagian paru-paru. Ia dilakukan selepas ujian x-ray yang dibuat petang semalam mendapati kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian kanan paru parunya.

Mustapha adalah bintang filem Melayu ketika era Studio Cathay-Keris di Singapura pada era 1950-an dan 60-an.

Antara filem awal lakonannya termasuk Pontianak, Sumpah Pontianak, Seri Mersing, Raden Mas, Naga Tasik Chini, Yatim Mustapha dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.




Sumber: BH


         ________________________




No comments: