Patutlah laman sosial Penyanyi Alyah sejak kebelakangan ini kata-katanya kelihatan seperti sedih dan seperti mahu mengetengahkan sesuatu yang tersembunyi. Rupa-rupanya, ada benda besar yang mahu disampaikan oleh penyanyi itu.
Dan hari ini, Alyah mengakui yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin lagi dengan wanita lain. Kira dia kini hidup bermadu!
Malah menerusi laporan Berita Harian hari ini, Alyah memberitahu yang dia sudah menghidu lama tentang berita perkahwinan suaminya. Difahamkan, madunya itu bernama Siti Hafilah Che Kar, dan dia mempunyai bukti bergambar mereka berdua (Ramli & Siti).
Klik gambar untuk size besar
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru saja dapat bukti bergambar. Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin"
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," ujar yang dipetik menerusi laman sosialnya.
Ramli dan Siti
Selain itu,Alyah turut mendedahkan bahawa Ramli MS selama ini menegah gambar mereka berdua sebagai suami isteri dimuat naik ke Instagram atau diambil bersama. Namun, ia berlainan pula dengan madunya.
"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak. Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," luah Alyah lagi.
Untuk rekod, Ramli MS dan Alyah bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.
Gambar curi Alyah beberapa bulan lalu
Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.
Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment