10 January 2015

SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI?



Sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin Abu Hassan, terletak di Mont Kiara, Petaling, Selangor yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Dokumen mahkamah tersebut hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Untuk info, Khairuddin Abu Hassan adalah suami kepada Umie Aida, yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan.





Bagaimanapun, Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Khairuddin bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu.

BERITA BERKAIT: Pemimpin UMNO Pulau Pinang Buat Laporan Polis Terhadap 1MDB




Sumber: Rotikaya

         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...