10 January 2015

TAHNIAH - SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI



"Alhamdulillah, pada jam 5.55pg td (9.1.15), saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki (2.5kgs) secara normal. Namanya InsyaAllah akan ditetapkan dan dikongsikan kelak. Terima kasih atas segala doa2 dan kata2 semangat anda semua. Alhamdulillah," demikian kata Sharifah Aleya melalui laman sosialnya.

Aleya yang juga bekas penyampai radio Hot FM, selamat melahirkan anak lelaki secara normal jam 5.52 pagi semalam.

Bayi lelaki seberat 2.53 kilogram itu lahir di Universiti Malaya Specialist centre, hasil perkongsian hidupnya bersama Mohammed Azam Abdullah atau Miko Abdullah sejak 11 Januari 2013.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, Aleya belum mahu berkongsi wajah anak ketiganya itu bersama peminat.

Namun apa yang menarik, kelahiran anak ketiganya itu ialah ketika keluarganya menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-33.



Untuk info, Aleya mempunyai dua anak kembar perempuan bernama Asha Ameena dan Aza Ameena hasil perkahwinannya terdahulu.

Tahniah diucapkan!



Selagi Mimmy tak tido, Papa pun tak tido. Selagi Mimmy tak makan, Papa jamah pun tidak. Kalau Mimmy sakit, Papa ada kat sebelah pegang tangan Mimmy. Sama2 tunggu Peanut keluar. Thank you for being there every step of the way Cinta. I love you. - Sharifah Aleya





1982 - 2015




         ________________________




No comments: