13 January 2015

BERTUNANG FEBRUARI INI - HAFIZ SUIP AKUI SUDAH MERISIK



Jika baru-baru ini hanya kami yang melaporkan bahawa Penyanyi Mohd Hafiz Suip 25, telah melangsungkan majlis merisik secara senyap-senyap, tetapi pada 27 Februari ini, satu majlis pertunangan pula akan diadakan.

Difahamkan, majlis tersebut bakal diadakan di Hotel Pullman Kuching, Sarawak;

Artikel terdahulu: "Sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah bakal tunang saya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya gembira memaklumkan bahawa saya akan bertunang dengan gadis bernama Effy, bulan depan. Effy berusia awal 20-an. Beliau sebenarnya mempunyai tali persaudaraan jauh dengan keluarga saya.

"Malah kemungkinan majlis perkahwinan saya akan diadakan pada tahun 2016 setelah si dia tamat pengajian. Bukan apa, saya mahu Effy menamatkan pengajian dan mengecapi kerjayanya sebelum kami diijab kabul," ujar Hafiz dipetik sebagai berkata selepas majlis sidang media Showcase Hafiz and Friends di Kuala Lumpur semalam.



Bagaimanapun, Hafiz masih mahu berahsia mengenai identiti penuh bakal tunangnya itu kerana ingin menjaga privasinya. Apa yang boleh diberitahu hanyalah bakal tunangnya itu masih dalam pengajian di sebuah universiti.

Tambah penyanyi itu, mereka telah mengenali antara satu sama lain hampir 5 tahun lamanya sebelum dia menjadi seorang penyanyi. Apa yang kelakar sepanjang perkenalan mereka itu, Hafiz tidak mengetahui gadis itu ada menaruh hati terhadap dirinya.

"Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia menghormati ayah dan ibu saya juga," katanya.







Hotel tempat pertunangan Hafiz & Effy



         ________________________




No comments: