12 January 2015

KES PUKUL TUTUP - MANGSA AMUK MAAFKAN ALIFF AZIZ



Masihkah anda ingat dengan kes amuk kononnya disampuk tapi rupanya mabuk yang melibatkan penyanyi Aliff Aziz Disember lalu? Amukan tersebut telah menyebabkan Pengurus Jabatan Kontrak yang dikenali sebagai Ismail Mahtar cedera hingga patah tulang bahu.

Bagaimanapun, tindakan pantas Aliff membuat permohonan maaf pada Ismail yang berhasrat menyamannya telah menyelamatkan penyanyi itu. Kini semuanya telah selesai tanpa melibatkan mahkamah.

Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih!

"Saya ingin membuat kenyataan di sini bahwa saya telah menghubungi abang Ismail (mangsa) dan memohon maaf kepada beliau. Saya juga telah terangkan kepada beliau bahwa saya memang tidak berniat langsung mahu menyerangnya tetapi kejadian berlaku dalam keaadan saya tidak sedar.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, abang Ismail faham akan situasi saya dan beliau memaafkan saya. Beliau juga bersetuju untuk mengugurkan saman terhadap saya. Jadi, isu ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik," ujar Aliff dipetik sebagai berkata kepada MalaysianDigest.

Dalam pada itu, Ismail yang dihubungi media mengesahkan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf Aliff. Sehubungan itu, dia dengan ikhlas hati mengugurkan saman terhadap penyanyi itu, pada Jumaat lalu.

"Ya, saya maafkan dia sebab saya tahu dia tidak berniat menyerang saya dan saya juga telah mengugurkan saman terhadap dirinya," jelasnya yang tidak menuntut apa-apa bayaran tetapi mencadangkan Aliff membuat sumbangan komuniti (CSR) dengan mana-mana badan bukan keraaan (NGO).

Kecederaan yang dialami oleh mangsa



         ________________________




No comments: