22 January 2015

VIDEO - RAMAI BANTAH BILA ZAMANI SLAM MENYANYI SAMBIL BERGARI



Umum memang sedia maklum bahawa penyanyi kumpulan Slam iaitu Zamani telah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Malah lapor akhbar, Zamani sendiri mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak 10 tahun lepas.

Namun bukan kes itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai sebuah video di mana Zamani menyanyi lagu 'gerimis Mengundang' dalam keadaan bergari. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah ia turut menjadi viral di media sosial.

Ini kerana, rakaman video yang didakwa dirakam oleh seorang anggota polis itu mendapat bantahan orang ramai melalui hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani.

VIDEO YANG TERSEBAR



Mereka beranggapan ia satu tindakan melampau dan menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi itu.

Dalam hal ini, mungkin pihak yang merakam itu tidak berniat mengaibkan... tetapi dia merakam video itu kerana terlalu minat dengan Zamani. Namun perbuatannya memuat naik Video berkenaan tanpa sengaja yang membuat isu tersebut bertambah hangat.

Hai... macam-macam hal!



Sumber: beautifulnara


         ________________________




No comments: