22 January 2015

ISU VIDEO ZAMANI - KETUA POLIS NEGARA JANJI SIASAT PERAKAM



Berikutan video Zamani Slam yang bergari dan kelihatan bagai dipaksa menyanyikan lagu 'Gerimis Mengundang', Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan melalui Twitter berjanji pihaknya akan segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video tersebut.

"PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," tulisnya di Twitter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar




Untuk info, Zamani, 43, semalam telah ditahan bersama seorang wanita di Taman Keramat, Ampang dan hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di internet menunjukkan beliau bagai dibuli menyanyikan lagu sambil bergari telah membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya peminat penyanyi itu.

Klik gambar untuk size besar



         ________________________




No comments: