29 March 2015

17 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN SHARIFAH SAKINAH & ALIFF ADHA



Sekitar majlis pernikahan Sharifah Sakinah, 25, yang telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan hanya sekali lafaz petang semalam.

Majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Putrajaya itu adalah tertutup daripada pihak media dan ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis terdekat.

Mereka dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari dengan mas kahwinnya dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar




Untuk makluman, Sharifah Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu tujuh pasang kasut sukan jenama Adidas dengan rekaan yang berbeza.

Bagi pihak lelaki pula, Shakinah memberi sembilan dulang berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Difahamkan, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 4 April depan di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF).



































         ________________________




No comments: