25 March 2015

3 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN AZUAN MAZLAN & TENGKU PUTERI SHADIRA



Gambar majlis perkahwinan pelakon drama bersiri 3 Janji, Azuan Mazlan, 32, dengan Tengku Puteri Shadira, 29, di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini (22 Mac).

Untuk makluman, Puteri telah menerima wang hantaran sebanyak RM20,000.00.

Satu majlis resepsi bagi meraikan pasangan tersebut turut diadakan pada sebelah petang.

Klik gambar untuk size besar




"Saya mengenali Puteri menerusi kawan atas kawan. Kami mula rapat apabila saling mengikuti laman Instagram masing-masing. Semenjak itu, kami mula bersahabat. Selepas enam bulan berkawan, kami mula serius menjalinkan hubungan cinta dan selepas setahun usia perkenalan kami, kini saya dan Puteri akhirnya bergelar suami isteri," ujar Azuan dipetik sebagai berkata.

"Saya sukakan Puteri kerana sikapnya yang jujur. Selain itu, saya terpikat dengan dia kerana Puteri seorang yang berpandangan jauh dan suka berfikir mengenai masa hadapan. Selain penyayang, Puteri juga seorang wanita yang garang," tambahnya.

Mereka berdua merancang untuk berbulan madu ke Koh Lipe, Thailand.







         ________________________




No comments: