28 April 2015

GAMBAR TAK BERTUDUNG - NINA ISKANDAR DIKECAM PEMINAT



"Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima atau tidak, itu bukan langsung masalah anda," tulis Nina Iskandar di laman IGnya bersertakan gambarnya yang tidak bertudung.

Akibat dari itu, Nina telah dikecam oleh peminat yang mendakwa dirinya yang tidak ikhlas memakai tudung, sebaliknya hanya kerana negara kelahirannya iaitu Brunei melaksanakan perundangan syariah.

Dalam pada itu, Nina juga sebelum ini pernah dilanda kontroversi apabila hanya mengenakan topi dalam satu sesi fotografi dan turut mengundang kritikan daripada peminat hiburan.

Klik gambar untuk size besar




"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri.

"Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa pun mereka nak kata," ujarnya dipetik sebagai berkata.
























         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...