Ramai yang memuji tindakan Neelofa 'menolak' salam yang dihulurkan seorang kenalan lelaki ketika majlis ABPBH 2014 tempoh hari. Namun begitu, ada juga yang mengeji dan menganggap Neelofa bagai tunjuk alim.
Bagaimanapun, Neelofa hari ini menafikan dakwaan tersebut melalui Harian Metro dengan berkata dia tidak menyangka isu tersebut boleh menjadi viral di laman sosial.
"Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula.
"Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu," ujarnya.
"Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai," tambahnya.
Mengenai isu lain di mana dia dilihat bersalaman dengan pengarah telefilem popular Michael Ang, Neelofa mengakui mungkin terdapat sedikit kecuaian.
"Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang," jelasnya.
Dengan penjelasan itu, moga tiada lagi salah faham terhadap Neelofa.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment