"Saya terpaksa mendiamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara wajib saja," demikianlah kata Siti Elizad, 31, yang mengesahkan yang dia sudah bernikah dengan Shamsul Baharin Rahman yang merupakan seorang duda anak dua.
Difahamkan, mereka berdua bernikah secara rahsia pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya.
"Saya mengaku telah berkahwin dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Klik gambar untuk size besar
Pelakon drama Teman lelaki Upahan siaran TV3 yang sebelum ini banyak menipu pihak media dengan mengatakan yang dirinya akan bernikah pada 11 April ini memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan perkahwinannya atas permintaan keluarga.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment