Hari ini (14 Mei 2015) merupakan hari pernikahan semula Diana Rafar dan Zamarul Hisham setelah bercerai selama 4 bulan.
Pada mulanya, Diana dan Zamarul memilih tarikh 16 Mei tetapi mereka menukarnya kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu.
Menurut Diana, hari lahirnya jatuh pada 9 Mei dan menganggap penyatuan semula ini adalah hadiah terbesar buatnya.
Klik gambar untuk size besar
"Sejujurnya, sepanjang tempoh empat bulan berpisah sebagai suami isteri, kami bermuhasabah diri dan menilai kembali kesilapan masing-masing. Bagi saya berpisah sementara itu merupakan ujian dan nikmat terbesar dalam perkahwinan kami. Tanpa sedar kami membuat keputusan untuk kembali bersama.
"Ingin saya tegaskan, tiada paksaan daripada mana-mana pihak termasuk Zamarul untuk kami kembali rujuk. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kami jangka. Kami berdua sendiri cukup terkejut dengan keputusan tersebut kerana sepanjang empat bulan berpisah, soal jodoh memang diserahkan kepada Allah dan tidak pernah berbincang tentang merujuk semula perkahwinan. Saya sifatkan jodoh saya dan Zamarul masih kuat
"Kami tidak meletakkan sebarang janji kerana apa yang berlaku iaitu bercerai dan rujuk semula sesuatu yang tidak dirancang. Cuma selepas apa yang berlaku, saya sedar bahawa kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dimiliki.
"Walaupun sudah berkahwin, proses belajar untuk menjadi isteri dan suami yang baik tidak pernah tamat. Kami akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik.
"Tahun lepas juga merupakan tahun yang penuh dengan ujian buat saya. Hanya sejak awal bulan ini hidup saya kembali berubah ke arah positif. Bukan sahaja tarikh lahir saya jatuh pada 9 Mei tetapi saya turut ditawarkan menjadi duta produk Sugar Scarf dan Dr. Glow. Hadiah terbesar saya adalah kembali bersatu dengan Zamarul sebagai suami isteri.
"Walaupun tidak dapat tarikh yang kami inginkan, saya tidak kisah asalkan ia berlangsung pada bulan Mei. Tiada lagi impian saya selain melihat keluarga kami membesar dan kekal sehingga akhir hayat.
"Bagi saya, penyatuan semula kami hasil doa daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kami berdua," ujar Diana panjang lebar.
Tahniah kami ucapkan!
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment