07 May 2015

ZAMANI SLAM DIDAPATI BERSALAH - DENDA RM5,500 ATAU PENJARA 18 BULAN



Jika gagal membayar denda RM5,500, Zamani Slam, 43, dan dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, terpaksa merengkok dalam penjara selama 18 bulan.

Itu adalah keputusan Mahkamah Majistret, Ampang selepas kedua-duanya mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Hukuman tersebut diputuskan oleh Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Klik gambar untuk size besar




Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin mengikut pertuduhan pindaan dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari 2014.

Meskipun awalnya (pada 23 Januari), Zamani dan Nur Juliana mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut, namun mereka berdua kemudian menukar pengakuan kepada bersalah.


Foto: BERNAMA


         ________________________




No comments: