06 June 2015

13 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI & MAJLIS PERNIKAHAN JOJIE, KAKAK ELLA



Kakak kepada Ratu Rock negara, Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin, 50, sah bergelar isteri kepada Syahrizal Ismail, 36, malam semalam dengan hanya sekali lafaz di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Mereka telah dinikahkan oleh Jurunikah Mukim Subang, Abdul Halim Abd Rahman.

Untuk info, Jojie telah menerima mas kahwin RM888 dan wang hantaran RM20,000.

Klik gambar untuk size besar




"Syukur semuanya selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan sahabat yang sudi hadir," ujar Jojie dipetik sebagai berkata.

Menurut Jojie, dia mengenali Syahrizal sejak lebih setahun lalu sebelum lelaki itu menyuntingnya menjadi isteri.

Syahrizal yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat swasta, melamarnya dengan sebentuk cincin pada 11 Disember tahun lalu.



Sikap jujur dan sabar yang ada pada Syahrizal telah memikat hatinya serta keluarga.

"Syah tahu dan kenal saya dan saya yakin dia menerima saya seadanya seperti juga saya menerimanya," jelasnya.

Bila ditanya mengenai Jojie, Syahrizal berkata yang Jojie merupakan wanita istimewa kerana sangat berdikari selain pandai membawa diri.



"Saya bertuah mengenali Jojie dan yakin dia adalah wanita terbaik buat saya," katanya.

Dalam pada itu, Ella turut tumpang gembira dan bahagia dengan pernikahan kakak yang juga teman paling rapatnya.

"Jojie banyak berkorban untuk saya dan kini sudah masanya untuk dia merencana hidupnya. Saya akan selalu ada serta gembira untuk Jojie," jelas Ella.

Tahniah diucapkan!









MALAM BERINAI















Sumber: BH
Kredit foto: BH, IG Jojie, IG Zeezah Jamil, FB Ministry Of Moment



         ________________________





No comments: