06 June 2015

19 GAMBAR & VIDEO - HANIS ZALIKHA KINI SAH BERGELAR ISTERI HAIRUL AZREEN



Dengan hanya sekali lafaz, Hanis Zalikha kini sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen sekitar jam 3.50 petang semalam selepas solat Jumaat di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong, Sham Alam, Selangor.

Mereka dinikahkan oleh bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Iman Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir," ujar Hanis dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Pihak lelaki telah memberi 11 dulang hantaran manakala pihak perempuan pula membalas dengan 11 dulang hantaran.

Hanis telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. .

Difahamkan, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan!





































Klik link ini untuk tonton video

VIDEO 1
VIDEO 2

Sumber: BH
Video: IG Yasmin Hani



         ________________________




No comments: