Jika sebelum ini ada khabar yang mengatakan Salwa Razak, 30, telah berkahwin, terkini Salwa memberitahu bahawa dia belum mempunyai teman lelaki untuk memasuki ke alam perkahwinan.
Mengenai gambarnya menggayakan baju pengantin sambil menunjukan cincin yang dimuat naiknya di laman sosial baru-baru ini sebenarnya dia sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul 'Singgahsana Cinta' dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.
Salwa berkata dia tidak berniat mencari publisiti murahan dan tidak bermaksud untuk mempermainkan orang ramai dan pengikut di Instagram apabila meletakkan kapsyen "Alhamdulillah Selesai Akhirnya..." di gambar tersebut seolah-olah menunjukkannya sudah selesai acara akad nikah.
Klik gambar untuk size besar
"Saya tidak bertujuan mencari publisiti murahan kerana sudah tiada cerita, tetapi saya buat perkara ini kerana saya sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Singgahsana Cinta dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.
"Ramai juga yang bertanya dan mengucapkan tahniah tetapi saya tidak membalasnya dan biarkan ia menjadi tanda tanya, biar mereka tahu sendiri nanti," ujar Salwa dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak menyangka perkara tersebut mendapat perhatian pengikut di laman sosial hingga mendapat lebih 700 like dan komen ucapan tahniah daripada peminat.
"Orang tahu tentang khabar angin yang tidak baik tentang diri saya dan mungkin mereka gembira bila sangka saya benar-benar berkahwin," jelasnya.
Tambah Salwa, khabar angin tentang dibela lelaki kaya kerana kehidupan mewah membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekatinya.
"Ada juga beberapa lelaki yang mahu dekat dengan saya yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran cerita-cerita itu, saya beritahu kepada mereka bahawa terpulang sama ada untuk percaya atau tidak.
"Selalunya bila sudah benar-benar rapat barulah mereka tahu tentang diri saya," katanya.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment