Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Md Hanafiah, 27, mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas.
Menurut Black, dia tidak sangka rasa letih dan pening yang dialami merupakan sesuatu yang serius, namun bersyukur kerana kesihatannya kini sudah beransur pulih.
"Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat.
Klik gambar untuk size besar
"Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya.
"Kemudian apabila mendapat keputusan, doktor beritahu saya disyaki ada penyakit jantung. Menurut doktor, jantung saya ada masalah dan dia bagi surat rujukan ke hospital untuk saya pergi berjumpa dengan doktor pakar. Saya memang terkejut dan tak percaya kerana saya tidak pernah ada masalah jantung lebih-lebih lagi saya seorang yang aktif bersukan,” kongsi Black kepada Tonton Extra.
"Pada waktu itu, saya hanya fikirkan anak, isteri dan juga keluarga. Semasa dukung Khaleef, saya sampai memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa saya lagi sebab saya nak tengok anak saya membesar dulu.
"Ketika berada di hospital, saya ditahan satu malam untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut. Alhamdulillah, selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan jantung saya tidak ada masalah dan keadaan saya sekarang sudah semakin baik," ujar Black dipetik sebagai berkata.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment