15 June 2015

JUARA SUPER QU PUTEH BINTANG BERSAMA BINTANG - CHILOK RAIH RM50,000



Semalam Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang telah melabuhkan tirainya apabila kumpulan Chilok dinobatkan sebagai juara.

Kumpulan Chilok yang dianggotai oleh Chiwan dan Achok telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Peserta solo tunggal iaitu Achey pula memenangi pertandingan sketsa promosi produk Vida Beauty selama tiga minit yang dimuat naik di laman Youtube dan mendapat tontonan paling tinggi.

Klik gambar untuk size besar




Achey menerima wang tunai RM5,000 sebagai ganjaran kemenangannya itu.

Dua peserta lain yang turut bertanding pada malam tersebut adalah Titan (Ammar dan Issey) dan Bocey (Fad dan Abam).

Pada peringkat akhir tersebut, kesemua peserta diberikan lapan minit untuk mengadakan persembahan bertemakan 'Puasa dan Raya'.

Empat artis jemputan iaitu Amira, Shahrul Shiro, Anaz Ridzuan dan Sharif Zero turut tampil di pentas akhir SQPBBB bagi membantu para peserta mengadakan persembahan.

Tahniah diucapkan!



Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...