28 June 2015

ZAITON SAMEON KINI BERTUDUNG



Zaiton Sameon, 57, yang popular dengan lagu 'Menaruh Harapan' kini telah berhijab penuh.

Berita gembira ini dimaklumkan oleh adik angkatnya, Syed Yusuf Wafa menerusi laman facebook.

"Alhamdulillah termakbul doa Allahyarham Biduanita Sharifah Aini.

"Akhirnya dia selesa dan enggan membuka lagi aurat dengan kekal bertudung," ujar Yusuf dipetik sebagai berkata.


Klik gambar untuk size besar




Ini kerana semasa hayatnya, Sharifah Aini yang sudah setahun meninggal dunia itu memang rapat dengan Zaiton malah sering membantu Zaiton.

Sementara itu, Zaiton Sameon dalam masa yang sama turut mengucapkan rasa syukur kerana dibukakan hatinya untuk berhijab pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini terbuka hati untuk berhijab," tulis Zaiton dalam Facebooknya.

Tahniah diucapkan!





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...