08 July 2015

DITUDUH GAGAL BERI ZURIAT PUNCA CERAI - RAJA FARAH RASA TERKILAN



Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu.

Menurut Farah, perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.

"Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi," ujar Farah dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Farah berkata, permasalahan rumah tangganya bermula pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan.

"Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul.



"Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang," jelasnya.

Farah mengakui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku. Bagaimanapun dia tetap menganggap mereka sebagai ahli keluarga sehingga akhir hayatnya.

"Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka," katanya.

Sementara itu, Farah turut mengakui lima tahun dalam hubungan rumah tangga memberikan dia banyak pengajaran yang berguna untuk kehidupan akan datang.

Tambahnya, buat masa ini, dia masih trauma dan lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang lelaki.

"Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri," tambahnya.

Untuk rekod, Farah dan Megat bernikah pada 12 November 2010 di Bukit Jelutong dan bercerai talak satu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei 2015.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: