08 July 2015

HAMIL ANAK KEDUA - LINDA HASHIM REHAT BERLAKON



Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, terpaksa menangguhkan niatnya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan apabila disahkan hamil anak kedua pada Mei lalu.

"Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula. Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya”

Klik gambar untuk size besar




"Kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu," ujar Linda dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Linda menjelaskan dia tidak mengalami alahan teruk seperti mengandung anak sulungnya Jelita Clarissa yang kini berusia setahun empat bulan.

"Alhamdulillah, tiada banyak masalah atau alahan seperti anak pertama dahulu, saya pun tidak ada mengidam apa-apa setakat ini.



"Saya masih amalkan minum air zamzam, cuma sekarang sukar untuk dapatkan air tersebut. Pembekal yang dahulu juga beritahu saya agar lebih berhati-hati beli air zamzam kerana banyak yang tiruan.

"Jadi saya hanya kirim pada kawan-kawan yang pergi ke Mekah sahaja," jelasnya.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, berkahwin pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Jelita Clarissa pada 23 April 2014.











Sumber: mStar



         ________________________




No comments: