07 July 2015

ELIZABETH TAN NAFI BERCINTA DENGAN BEKAS SUAMI NABILA HUDA



Jika sebelum Elizabeth Tan dikatakan menjadi punca Adira dan Shahrul putus tunang, kali ini dia didakwa bercinta dengan bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani atau lebih dikenali sebagai Eddie. Bagaimanapun, Eddie menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik dengan dia kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger (kumpulan yang disetainya) juga bakal muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Sayang Pulanglah Sayang”

Klik gambar untuk size besar




"Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini," ujar Eddie dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Eddie berkahwin dengan Nabila Huda pada 6 Disember 2008 dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.



         ________________________




No comments: