08 July 2015

LANA NODIN NAIK ANGIN BILA DITEGUR PEMINAT



Baru-baru ini, Lana Nodin ada memuat naik video sweet dan romantis meraikan hari jadi suaminya, Daud Mckienzie di tepi pantai Huntington Beach, California melalui laman Instagram.

Namun, ada komen daripada salah seorang peminat yang membuatkan Lana kurang senang dengan teguran tersebut sehingga Lana melabelkan peminatnya itu sebagai keyboard warrior.

Klik gambar untuk size besar




Teguran itu mendorong Lana untuk terus menempelak semula peminatnya itu dengan ayat pedas. Namun ramai peminat yang memihak kepada Lana.

Kita sedia maklum bahawa Lana sekarang berada di Los Angeles bagi meraikan Aidilfitri buat pertama kali bersama suaminya di sana. Jadi banyaklah benda yang dikongsikan oleh Lana ketika berada disana.

Kami berharap Lana dapat bersabar dengan dugaan sepanjang bulan Ramadhan ini.





Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO



         ________________________




No comments: